Sunday, May 5, 2013

Trend Pengundian .....

Yeay dpt mengundi,,, Ingat nk upload gambar, tak pe besoklah.... P44 panaslah jugak tempat ni,,, Majoriti utk DSAI berkurang.... tp rasa aku kalau jentera BN kawasan Permatang Pauh bekerja keras majoriti mungkin jadi lebih kecil...calon yg BN letak, Dr Mazlan bg aku dah cukup bagus. Sekali pandang, bendera BN dr Pmtg Pauh sampailah ke Pmtg Pasir mmg penuh, tp cam En. hubby ckp Bendera tak boleh mengundi,.. mungkin kali ini belum rezeki, kita muhasabah diri. Walaupun kita mengundi tp Allah yg lantik pemimpin. Bagaimana pemimpin kita itulah cerminan diri kita,,, jika mahu Allah utuskan pemimpin yg baik kita harus jd lebih baik, seru org lain juga ke arah kebaikkan.

Yg membimbangkan aku ialah trend pengundi Cina... kita lihat di kawasan majoriti Cina,,, pengundian hampir solid kepada DAP. Hai bangsaku... apa kita harus buat utk selamatkan agama dan bangsa,,, nk menyelamatkan aqidah pun susah,, nibertambah2 lg... pengundi Melayu dari pecah 2 dah pecah 3. Sama ada kita sedar atau tidak..... sumbangan kepada perpecahan ini menyebabkan ada yang mengambil kesempatan,,, kesempatan yg telah lama dinantikan. Tukang bawa isu kalimah Allah, cuma bawa saja utk test market,,, yg bertelagah kitalah. Pertelagahan memberi signal terhadap kesepaduan org Islam dan org melayu khasnya, bila tiada kesefahaman, kelemahan kita tertedah, maka senanglah musuh merangka strategi. Bila kita nk bersatu untuk AGAMA kita.

Isu Rosmah tak bertudung pun dibawa, tak dinafikan ini boleh memberi pengaruh besar namun jgn kita lupa byk yg bercakap pasal tudung tp tak ramai nk bercakap soal solat dan aqidah. menutup aurat mmg wajib semua org faham tp antara menutup aurat dan solat mana yg lebih penting. byk org letakkan 1st impression pd tudung, mungkin kita cuba menipu diri sendiri bila ramai bertudung (ini mmg baik tak dinafikan) ajaran Islam telah diamalkan dgn baik, bila tudung didahulukan aklak dan akidah diketepikan tidak ditekankan,,, kita boleh lihat masalah remaja kita sekarang ini. Jom bg idea kpd pemerintah utk menyelamatkan moral anak muda kini yg makin tipis, jati diri yg boleh dijual beli.... jika ini keadaannya bagaimana mungkin mereka nk pertahankan agama, bangsa dan negara, bila maruah sendiripun sanggup dijual.....

eh.. dah 5.39am besoklah sambung...  semoga kita semua dipeliharaNYA.



Monday, March 18, 2013

Terkedu... betapa leka dan lalainya aku

Ya Allah ampunkan dosa-dosaku serta dosa-dosa mereka2 yang aku sayangi.. siang tadi menonton TV Hijrah.... sememangnya sebelum ni pun aku suka sgt tengok on9  DawahIsEasy's channel, dan terpikir siapa yang akan buat begitu di Malaysia,, sedangkan di UK yg minoriti saja beragama Islam itu pun berani keluar berdakwah. 



Tak berapa lama lepas tu jumpa pula mereka yg berdakwah di Petaling street.. 
http://www.youtube.com/watch?v=DTbmIX4LeEs , Alhamdulillah ada rupanya..mungkin ada kelemahan, tp lebih baik mengesot dulu drp kaku dan beku seperti aku ni.. hatta aku yang Islam dari kecil pun masih jahil tentang agama sendiri.

 memang sedih selama hidup hingga nk masuk 4series ntah apa yg aku buat ...  tadi kat TV hijrah,, betapa seorang mualaf nyatakan ada 70% rakyat beragama Islam di Malaysia hanya 30% bukan beragama Islam, tak bolehkah dari kita berdakwah utk yang lg 30% lg... 

Ya Allah perbaikilah setiap dari kami, agama kami dan akidah kami. Selamatkan kami daripada tergelincir dari landasan yang benar, bantulah kami menjadi contoh yang baik kepada anak2 kami dan peliharalah akhlak kami...


 Apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku (maka jawablah) bahawa aku sangat hampir (kepada mereka). Aku menyambut permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Oleh itu hendaklah mereka menyahut seruan-Ku dan beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat jalan yang benar.”
(Al-Baqarah Ayat 186)


Credit to IslamicThinking
“You can do the best job you can possibly do but you can never guide who you want to guide. The selection is Allah’s.” 
“You can do the best job you can possibly do but you can never guide who you want to guide. The selection is Allah’s.”

Saturday, March 16, 2013

Syyyyyyyyyyyyyyyyyyyy................

Nak share something from Islamic Thinking slalu share kat blog http://craftanie.blogspot.com/ tp dah lama tak diupdate semuanya....

The most beautiful thing is that He knows what you are about to tell Him and yet He still listens.

Sebaik-baiknya mengadu dgn Allah S.W.T,,, tp atas kelemahan kita sebagai manusia, kadang-kadang akibat tak tertanggung memendam kita luahkan kepada manusia lain yang serba kekurangan dan lemah seperti kita juga. Yang berfikiran rasional dan waras akan menasihati dengan baik, tp pendengar yg lemah akan memudaratkan lg kita samaada dengan sengaja atau tidak.

Pendengar lemah yang secara tidak sengaja ini mungkin akan bercerita kepada orang lain dan keadaan lebih memburuk bilamana penyampai2 radio yang tidak diiktiraf ini menyebar2kan lg berita hingga sampai kepada pihak yang berkenaan, bukan semua bernasib baik,, sesetengah pihak boleh memaafkan tp jika pihak yang berkenaan tidak redho, maka permusuhan timbul atau permusuhana yg sedia ada memakan masa lebih panjang... bila mana angin bertiup bukan mustahil ada yang bergoyang,,, walau khabar itu khabar angin atau tak ubah seperti bermain bisik2... pendengar terakhir belum tentu mendengar yang sebenarnya.. tp itulah hakikat...

Lebih parah yang pendengar itu pendengar 'sengaja' sememangnya itulah 'bahan' yang dinantikan.. penghujungnya pasti lebih MEMUDARATKAN......




- Credit to IslamicThinking 
for the pic. 

Belajar Jahit Cadar

Alhamdulillah,,,, mission accomplished... well,,, well what's that... misi belajar jahit cadar... only in 3 hrs... tp tak la siap semuanya... dah sampai pun dekat kul 10.00 am... class start at 9 am... sambung jahit kat rumah...  gambar blum di ambil lg so tak bleh nk upload lg....


Thursday, October 11, 2012

Susah Nak Puaskan Hati Semua Orang

Assalamualaikum...

Susahkan... redho je lahhh. Kalau dilayan letihkan? Sebab walau diterang beribu kali, di bagi clue, di macam-macam pun, jawapannya tetap sama. Lagipun kena lihat pada diri sendiri jugak kita pun belum tentu benar. Jadi bukakanlah hati, supaya bila suatu keburukan masuk ia boleh keluar semula, dan keburukan dari dalam pun boleh keluar. Eh.. macam mana pulak kebaikan,,, mesti kita nak simpan. 

Tak, tidak, tidak, tidak. Bila suatu kebaikan masuk, kita mesti biar lebih kebaikkan keluar supaya dapat banyak ganjaran, Yelah mesti nak menabung pahala untuk akhirat besok. Bila byk kebaikan keluar kita generate lagi kebaikkan dari dalam. Laaa kalau macam tu kejahatan pun boleh digenerate jugak. Ye jugak... Tapiiii kita ada AKALkan? Bila hati kesedihan, siapa yang kawal supaya orang lain tak perasan? Ketawa, bergelak tapi dalam hati sedihnya hanya Tuhan yg tahu, begitu juga bila benci... siapa yang kawal, siapa yang bendung. Siapa lagi kalau bukan AKAL. Indahkan kalau Akal pulak mampu bertindak megikut Al-Quran dan Hadith. Kagum dengan orang-orang yang begini.. Oh jauh lg perjalanan ku mencari redhoMu, Ya Allah.


Berbalik kepada kawalan hati... bila hati membuak-buak kemarahan, bagaimana boleh membuak-buak umpama larva ye? tentulah ditiup Syaitan.... lahir Amarah yang keterlaluan, bilamana benteng akal rapuh, maka ianya meletus, terbarai dan terburailah segalanya... mengalirlah di permukaan bumi umpama larva keluar dari perut bumi. Musnah segalanya di dalam laluannya. Semua orang memandangnya sebagai bencana.

Bila termuntah amarah yang mengisi hati.......... apa jadi ya... Kat mana kita muntah.. zaman ICT ni ada saudara kita yang muntahkan di blog, twitter, FB. Dalam keadaan yang tidak terkawal mampukah kita mengadaptasi dan mengeksploitasikannya secara positif? Ramai yang tak berjayakan? Dalam hal ni mungkin lebih baik diam dari bercakap daripada segala Aib diri dan orang lain tersebar, banyak hati yang tercalar dan terluka, parut yang dalam mungkin takkan hilang. Tapi banyak yang tak sedar.

Semua orang lakukan kesilapan. Contoh, aliran larva tadi. Ambillah yang positifnya, walaupun segalanya musnah dan tak mungkin kembali seperti asal, harta benda dan nyawa yang hilang.... akhirnya tanah yang direntasinya menjadi lebih subur dan banyak yang mendapat manafaat darinya. Jadi jangan malu untuk bersemuka walau berapa lama pun bersengketa, bekalkan hati dengan keikhlasan. Walaupun parut takkan hilang ia takkan jadi makin dalam, takkan siapa boleh menjangka mungkin ianya berganda lebih baik dari sebelumnya..

Parut-parut jugakkan, jgn sampai nak buat plastic surgery plak nak bertambah CANTIKKK!!! 

Bye..

Tuesday, September 4, 2012

Perspective

Untuk artikel Menyebarkan Aib dan Fitnah Cara Moden saya nak paste sedikit sambungan dengan article dari Islamicthinking di bawah.... semoga boleh dijadikan panduan...

 


When you’re hurt by people who share the same blood as you, then just remember Yusuf (AS), who was betrayed by his own brothers.

If you find your parents opposing you, remember Ibrahim (AS), whose father led him to the fire.

If you’re stuck with a problem where there’s no way out, remember Yunus (AS), stuck in the belly of a whale.

If you’re ill & your body cries with pain, remember Ayoob (AS) who was more ill than you.

When someone slanders you, remember Ai’sha (RA) who was slandered throughout the city.

When you’re lonely, recall Adam (AS) who was created alone.

When you can’t see any logic around you, think of Nuh (AS) who built an ark without questioning.

If you are mocked by your own relatives then think of Prophet Muhammad (SAW).

Allah (SWT) put these Prophets to trial, so that later generations may learn a lesson of patience & perseverance.

May Allah SWT give us perspective & understanding. Aameen.


Credit to Islamic Thinking

Menyebarkan Aib & Fitnah Cara Moden

Antara sedar atau tidak Makcik Bedah, Cik Tipah dan Cik Mah,  Nek Jah ...... (sekadar meletakkan nama) sekarang dah moden, tak mau ketinggalan dengan teknologi yang canggih sekarang ni. Dulu susah, nak kena bertamu dari rumah ke rumah atau kena berlonggok kat kaki Gate kalau nak bercerita, lagi letih bila nak sampaikan cerita 4... 5 kali tiap kali jumpa orang, dah tu suami pulak tarik muka.. ye lah bini asyik melepak kat rumah jirankan... kan

Sekarang duduk je kat rumah.. on PC sambil nak masak, basuh kain, jaga anak pun boleh. Siap boleh buat group lagi untuk cerita-cerita sensasi dan isu-isu yang makcik-makcik nak ketengahkan... ermm lagi hebatkan..

Apa yang lebih membimbangkan bila demam FB bermula, Alhamdulillah bg yang menggunakan sebaik dan sebijak mungkin.. tapi ramai yang terbabas termasuklah saya nih... asyik nak main game ja... bila dah stop, anak start main, invite pulak menjadilah.. dulu gila Farm Ville, lepas tu mulalh Fashion designer, Mall World... ada la pulak Angry Bird.. Adoi memang tak boleh tahan,, selagi tak 3 bintang memang tak puas hati... Dah terbaru anak2 pulak main Dragon City... Adoiiiyaiii ,,, main jugak.. siap dah potong level anak.. hu..hu..hu... harap-harap bermusim saja, jgnlah berterusan.

Satu hal lagi bila ada yang mula menyebarkan cerita, memfitnah, mengutuk, menghina secara langsung. Di FB, di twitter... yang mana semua orang boleh membaca dan menilainya. Kadang-kadang terfikir juga apa kepuasannya... bila terbarai aib dan maruah orang, tanpa kita sedar diri sendiri pun di nilai oleh orang lain, bukan sedikit ya.. semua rakan dalam senarai kita dapat membacanya, kadangkala boleh dijangkau dari luar jika yang lain berkongsi. Mungkin penulis berpuas hati bila dapat menghentam dan menyindir orang lain dengan bahasa yang kasar, tapi apa penilaian orang terhadap penulis... buruknya akhlak, dangkalnya pemikiran, belum lagi bagi rakan-rakan orang yang dihina dan dihentam... berilah pengajaran kepada orang kita tidak suka secara berhemah... ibarat menarik rambut dalam tepung. Janganlah sampai memutuskan silatulrahim serta mendoakan keburukan orang lain.

Kita semua belajar dari kesilapan dan kita juga bukanlah orang maksum seperti Nabi. Tiada salah memaafkan orang lain. Saya tertarik dengan statement ini- Ini kerana, ada kemungkinan seseorang itu berasa teraniaya, sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya.. Sedangkan seseorang yang merasakan teraniaya itu mungkin tersilap, apatah lagi orang2 yang tak berkaitan.. tumpang semangkuk atas perkara yg silap dan khilaf. Read more: http://ustazlove.com/blog/2011/06/soal-jawab-larangan-mendoakan-keburukan-orang-lain/#ixzz25UcdxWPr . Bila kita sendiri yang tidak bertauliah ini menjadi tuan hakim.... renungkan ye.. tentunya apa yang kita rasa tak semestinya benar. Lebih menyedihkan bila apa seperti blog di atas ulis sebagai 'tumpang semangkuk' ini yang lebih sudu dari kuah.

Sekiranya orang yang kita rasa teriniaya pun bersabar dan memaafkan apahalnya dengan kita yang Tumpang Semangkuk tadi. Silap-silap diri kita pula sebenarnya yang menjadi 'Kayu Api'atau kita sendiri yang sebenarnya memisahkan/memutuskan hubungan kedua pihak, mungkin orang lain (termasuk saya ini) tidak hebat dan tidak tahu dari mana hendak dimulakan, maka bagi anda yang bijak bistari carilah alternatif mendamaikan antara pihak2 tersebut, bukan menjirus minyak atau mengapi-apikan lg... jadi untuk peringatan pada diri sendiri yang kerdil dan daif ini kenalah rajin-rajin mengukur baju dibadan sendiri dan  muhasabah diri dan sentiasa memaafkan orang...

Mana yang tersilap tolong diperbetulkan dan segala kesilapan penulisan di atas adalah dari saya, segala yang baik hanya dari Allah. Bosan ye tak bergambar... nanti saya cuba masukkan gambar di sini.