Tuesday, September 4, 2012

Perspective

Untuk artikel Menyebarkan Aib dan Fitnah Cara Moden saya nak paste sedikit sambungan dengan article dari Islamicthinking di bawah.... semoga boleh dijadikan panduan...

 


When you’re hurt by people who share the same blood as you, then just remember Yusuf (AS), who was betrayed by his own brothers.

If you find your parents opposing you, remember Ibrahim (AS), whose father led him to the fire.

If you’re stuck with a problem where there’s no way out, remember Yunus (AS), stuck in the belly of a whale.

If you’re ill & your body cries with pain, remember Ayoob (AS) who was more ill than you.

When someone slanders you, remember Ai’sha (RA) who was slandered throughout the city.

When you’re lonely, recall Adam (AS) who was created alone.

When you can’t see any logic around you, think of Nuh (AS) who built an ark without questioning.

If you are mocked by your own relatives then think of Prophet Muhammad (SAW).

Allah (SWT) put these Prophets to trial, so that later generations may learn a lesson of patience & perseverance.

May Allah SWT give us perspective & understanding. Aameen.


Credit to Islamic Thinking

Menyebarkan Aib & Fitnah Cara Moden

Antara sedar atau tidak Makcik Bedah, Cik Tipah dan Cik Mah,  Nek Jah ...... (sekadar meletakkan nama) sekarang dah moden, tak mau ketinggalan dengan teknologi yang canggih sekarang ni. Dulu susah, nak kena bertamu dari rumah ke rumah atau kena berlonggok kat kaki Gate kalau nak bercerita, lagi letih bila nak sampaikan cerita 4... 5 kali tiap kali jumpa orang, dah tu suami pulak tarik muka.. ye lah bini asyik melepak kat rumah jirankan... kan

Sekarang duduk je kat rumah.. on PC sambil nak masak, basuh kain, jaga anak pun boleh. Siap boleh buat group lagi untuk cerita-cerita sensasi dan isu-isu yang makcik-makcik nak ketengahkan... ermm lagi hebatkan..

Apa yang lebih membimbangkan bila demam FB bermula, Alhamdulillah bg yang menggunakan sebaik dan sebijak mungkin.. tapi ramai yang terbabas termasuklah saya nih... asyik nak main game ja... bila dah stop, anak start main, invite pulak menjadilah.. dulu gila Farm Ville, lepas tu mulalh Fashion designer, Mall World... ada la pulak Angry Bird.. Adoi memang tak boleh tahan,, selagi tak 3 bintang memang tak puas hati... Dah terbaru anak2 pulak main Dragon City... Adoiiiyaiii ,,, main jugak.. siap dah potong level anak.. hu..hu..hu... harap-harap bermusim saja, jgnlah berterusan.

Satu hal lagi bila ada yang mula menyebarkan cerita, memfitnah, mengutuk, menghina secara langsung. Di FB, di twitter... yang mana semua orang boleh membaca dan menilainya. Kadang-kadang terfikir juga apa kepuasannya... bila terbarai aib dan maruah orang, tanpa kita sedar diri sendiri pun di nilai oleh orang lain, bukan sedikit ya.. semua rakan dalam senarai kita dapat membacanya, kadangkala boleh dijangkau dari luar jika yang lain berkongsi. Mungkin penulis berpuas hati bila dapat menghentam dan menyindir orang lain dengan bahasa yang kasar, tapi apa penilaian orang terhadap penulis... buruknya akhlak, dangkalnya pemikiran, belum lagi bagi rakan-rakan orang yang dihina dan dihentam... berilah pengajaran kepada orang kita tidak suka secara berhemah... ibarat menarik rambut dalam tepung. Janganlah sampai memutuskan silatulrahim serta mendoakan keburukan orang lain.

Kita semua belajar dari kesilapan dan kita juga bukanlah orang maksum seperti Nabi. Tiada salah memaafkan orang lain. Saya tertarik dengan statement ini- Ini kerana, ada kemungkinan seseorang itu berasa teraniaya, sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya.. Sedangkan seseorang yang merasakan teraniaya itu mungkin tersilap, apatah lagi orang2 yang tak berkaitan.. tumpang semangkuk atas perkara yg silap dan khilaf. Read more: http://ustazlove.com/blog/2011/06/soal-jawab-larangan-mendoakan-keburukan-orang-lain/#ixzz25UcdxWPr . Bila kita sendiri yang tidak bertauliah ini menjadi tuan hakim.... renungkan ye.. tentunya apa yang kita rasa tak semestinya benar. Lebih menyedihkan bila apa seperti blog di atas ulis sebagai 'tumpang semangkuk' ini yang lebih sudu dari kuah.

Sekiranya orang yang kita rasa teriniaya pun bersabar dan memaafkan apahalnya dengan kita yang Tumpang Semangkuk tadi. Silap-silap diri kita pula sebenarnya yang menjadi 'Kayu Api'atau kita sendiri yang sebenarnya memisahkan/memutuskan hubungan kedua pihak, mungkin orang lain (termasuk saya ini) tidak hebat dan tidak tahu dari mana hendak dimulakan, maka bagi anda yang bijak bistari carilah alternatif mendamaikan antara pihak2 tersebut, bukan menjirus minyak atau mengapi-apikan lg... jadi untuk peringatan pada diri sendiri yang kerdil dan daif ini kenalah rajin-rajin mengukur baju dibadan sendiri dan  muhasabah diri dan sentiasa memaafkan orang...

Mana yang tersilap tolong diperbetulkan dan segala kesilapan penulisan di atas adalah dari saya, segala yang baik hanya dari Allah. Bosan ye tak bergambar... nanti saya cuba masukkan gambar di sini.




Cuti Cuti Raya

Apa topik nak tulis ye.. Memandangkan kita masih dalam bulan perayaan rasa nak paste sikit input tentang adab menerima tetamu, sebagai pedoman dan peringatan untuk diri sendiri dan sesiapa yang sudi membaca... walaupun kita sekarang jauh lebih ke depan dari aspek pendidikan namun ramai yang masih tak endah dengan nilai-nilai murni yang perlu ada terutamanya bagi seorang muslim. Salah satunya tentang bagaimana cara kita menerima tetamu. Sepatutnya apa yang harus keluar dari hati kita 'Alhamdulillah'.. masih ada yang sudi datang. Jika diamati hadis dibawah, dipetik dari blog http://hadisrasullulah.blogspot.com/2010/05/himpunan-hadis-hadis-rasullulah-tetamu.html , amatlah rugi bagi mereka yang tidak suka dengan tetamu yang hadir.



Bab Memuliakan tetamu
عَنْ أَبِى شُرَيْحِ الْعَدِىِّ قَالَ سَمِعَتْ اُذُنَاىَ وَاَبْصَرَتْ
عَيْنَاىَ حِيْنَ تَكَلَّمَ رَسُولَ الله صَلَّى اللهُ عَلَيَهِ وَسَلَّم
فَقَالَ مَنْ كانَ يُؤْنِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الاخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ
جَائِزَتَهُ قَالُوا وَمَا جَائِزَتُهُ يَارَسُولَ اللهِ قَالَ يَوْمُهُ وَلَيْلَتُهُ
وَالضِّيَافَةُ ثَلاثَةُ أَيَّامٍ فَمَا كانَ وَرَاءَ ذَلِكَ فَهُوَ صَدَقَةٌ
عَلَيْهِ وَقَالَ مَنْ كانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَومِ الاخِرِ
فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْلِيَصْنُتْ
Dari Abu Syuraih Al 'Adawi r.a. katanya :
"Kedua telinga saya mendengar dan kedua mata saya melihat,
ketika Rasulullah s.a.w. berkata, beliau bersabda
"Sesiapa yang ada beriman kepada Allah dan hari
kemudian, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya
jamuan tambahannya." Mereka bertanya :
"Apakah jamuan tambahan itu ya Rasulullah"
Beliau menjawab : "Sehari dan malamnya"
Menerima tamu itu hanya tiga dan barang siapa
yang lebih dari itu, adalah sedekah.".
Beliau bersabda lagi : "Sesiapa yang ada beriman
kepada Allah dan hari kemudian , maka hendaklah
dia mengucapkan perkaan yang baik atau diam saja".
Hadis sahih riwayat Muslim