Sunday, May 5, 2013

Trend Pengundian .....

Yeay dpt mengundi,,, Ingat nk upload gambar, tak pe besoklah.... P44 panaslah jugak tempat ni,,, Majoriti utk DSAI berkurang.... tp rasa aku kalau jentera BN kawasan Permatang Pauh bekerja keras majoriti mungkin jadi lebih kecil...calon yg BN letak, Dr Mazlan bg aku dah cukup bagus. Sekali pandang, bendera BN dr Pmtg Pauh sampailah ke Pmtg Pasir mmg penuh, tp cam En. hubby ckp Bendera tak boleh mengundi,.. mungkin kali ini belum rezeki, kita muhasabah diri. Walaupun kita mengundi tp Allah yg lantik pemimpin. Bagaimana pemimpin kita itulah cerminan diri kita,,, jika mahu Allah utuskan pemimpin yg baik kita harus jd lebih baik, seru org lain juga ke arah kebaikkan.

Yg membimbangkan aku ialah trend pengundi Cina... kita lihat di kawasan majoriti Cina,,, pengundian hampir solid kepada DAP. Hai bangsaku... apa kita harus buat utk selamatkan agama dan bangsa,,, nk menyelamatkan aqidah pun susah,, nibertambah2 lg... pengundi Melayu dari pecah 2 dah pecah 3. Sama ada kita sedar atau tidak..... sumbangan kepada perpecahan ini menyebabkan ada yang mengambil kesempatan,,, kesempatan yg telah lama dinantikan. Tukang bawa isu kalimah Allah, cuma bawa saja utk test market,,, yg bertelagah kitalah. Pertelagahan memberi signal terhadap kesepaduan org Islam dan org melayu khasnya, bila tiada kesefahaman, kelemahan kita tertedah, maka senanglah musuh merangka strategi. Bila kita nk bersatu untuk AGAMA kita.

Isu Rosmah tak bertudung pun dibawa, tak dinafikan ini boleh memberi pengaruh besar namun jgn kita lupa byk yg bercakap pasal tudung tp tak ramai nk bercakap soal solat dan aqidah. menutup aurat mmg wajib semua org faham tp antara menutup aurat dan solat mana yg lebih penting. byk org letakkan 1st impression pd tudung, mungkin kita cuba menipu diri sendiri bila ramai bertudung (ini mmg baik tak dinafikan) ajaran Islam telah diamalkan dgn baik, bila tudung didahulukan aklak dan akidah diketepikan tidak ditekankan,,, kita boleh lihat masalah remaja kita sekarang ini. Jom bg idea kpd pemerintah utk menyelamatkan moral anak muda kini yg makin tipis, jati diri yg boleh dijual beli.... jika ini keadaannya bagaimana mungkin mereka nk pertahankan agama, bangsa dan negara, bila maruah sendiripun sanggup dijual.....

eh.. dah 5.39am besoklah sambung...  semoga kita semua dipeliharaNYA.



Monday, March 18, 2013

Terkedu... betapa leka dan lalainya aku

Ya Allah ampunkan dosa-dosaku serta dosa-dosa mereka2 yang aku sayangi.. siang tadi menonton TV Hijrah.... sememangnya sebelum ni pun aku suka sgt tengok on9  DawahIsEasy's channel, dan terpikir siapa yang akan buat begitu di Malaysia,, sedangkan di UK yg minoriti saja beragama Islam itu pun berani keluar berdakwah. 



Tak berapa lama lepas tu jumpa pula mereka yg berdakwah di Petaling street.. 
http://www.youtube.com/watch?v=DTbmIX4LeEs , Alhamdulillah ada rupanya..mungkin ada kelemahan, tp lebih baik mengesot dulu drp kaku dan beku seperti aku ni.. hatta aku yang Islam dari kecil pun masih jahil tentang agama sendiri.

 memang sedih selama hidup hingga nk masuk 4series ntah apa yg aku buat ...  tadi kat TV hijrah,, betapa seorang mualaf nyatakan ada 70% rakyat beragama Islam di Malaysia hanya 30% bukan beragama Islam, tak bolehkah dari kita berdakwah utk yang lg 30% lg... 

Ya Allah perbaikilah setiap dari kami, agama kami dan akidah kami. Selamatkan kami daripada tergelincir dari landasan yang benar, bantulah kami menjadi contoh yang baik kepada anak2 kami dan peliharalah akhlak kami...


 Apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku (maka jawablah) bahawa aku sangat hampir (kepada mereka). Aku menyambut permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Oleh itu hendaklah mereka menyahut seruan-Ku dan beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat jalan yang benar.”
(Al-Baqarah Ayat 186)


Credit to IslamicThinking
“You can do the best job you can possibly do but you can never guide who you want to guide. The selection is Allah’s.” 
“You can do the best job you can possibly do but you can never guide who you want to guide. The selection is Allah’s.”

Saturday, March 16, 2013

Syyyyyyyyyyyyyyyyyyyy................

Nak share something from Islamic Thinking slalu share kat blog http://craftanie.blogspot.com/ tp dah lama tak diupdate semuanya....

The most beautiful thing is that He knows what you are about to tell Him and yet He still listens.

Sebaik-baiknya mengadu dgn Allah S.W.T,,, tp atas kelemahan kita sebagai manusia, kadang-kadang akibat tak tertanggung memendam kita luahkan kepada manusia lain yang serba kekurangan dan lemah seperti kita juga. Yang berfikiran rasional dan waras akan menasihati dengan baik, tp pendengar yg lemah akan memudaratkan lg kita samaada dengan sengaja atau tidak.

Pendengar lemah yang secara tidak sengaja ini mungkin akan bercerita kepada orang lain dan keadaan lebih memburuk bilamana penyampai2 radio yang tidak diiktiraf ini menyebar2kan lg berita hingga sampai kepada pihak yang berkenaan, bukan semua bernasib baik,, sesetengah pihak boleh memaafkan tp jika pihak yang berkenaan tidak redho, maka permusuhan timbul atau permusuhana yg sedia ada memakan masa lebih panjang... bila mana angin bertiup bukan mustahil ada yang bergoyang,,, walau khabar itu khabar angin atau tak ubah seperti bermain bisik2... pendengar terakhir belum tentu mendengar yang sebenarnya.. tp itulah hakikat...

Lebih parah yang pendengar itu pendengar 'sengaja' sememangnya itulah 'bahan' yang dinantikan.. penghujungnya pasti lebih MEMUDARATKAN......




- Credit to IslamicThinking 
for the pic. 

Belajar Jahit Cadar

Alhamdulillah,,,, mission accomplished... well,,, well what's that... misi belajar jahit cadar... only in 3 hrs... tp tak la siap semuanya... dah sampai pun dekat kul 10.00 am... class start at 9 am... sambung jahit kat rumah...  gambar blum di ambil lg so tak bleh nk upload lg....